Wednesday, December 17, 2008

AnDaI Ku TaHu~~~

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin aku ketawa hari ini
kerana esok mungkin tak sempat lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin aku menangis hari ini
kerana esok mungkin dugaan tiba lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin ku tunai segala janji hari ini
kerana esok mungkin tak bertemu lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin aku akan memuji hari ini
kerana esok mungkin tiada yang indah lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin aku menyerah diri hari ini
kerana esok mungkin tiada tempat sembunyi lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin ku cinta seluruh hati hari ini
kerana esok mungkin kau tiada di sisi lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin aku tidak menyendiri hari ini
kerana esok mungkin tiada kemesraan lagi...

Andai ku tahu
bagaimana hari esok
mungkin kita akan bersua hari ini
kerana esok mugkin tiba saatku pergi...

Thursday, June 12, 2008

SaHaBaT ...

sahabat..

ada kala berjabat

ada kala perlu berdebat

ada kala mahu dipeluk erat

ada kala sakit mata melihat

sahabat..

kadangkala ada muslihat

kadangkala beri nasihat

kadangkala bersubahat

kadangkala sama bertaubat



Begitulah sahabat...bukan senang untuk mencari seorang sahabat yang setia dan ikhlas bersama kita, inilah nukilan yang sempat aku coret di kala ini, bukan tujuan menghakimi, sekadar renungan dari pengalaman dalam mencari erti persahabatan. Pasti semua pernah melaluinya, pasti semua merasa...sekarang, ingatlah...siapa yang berada di samping kalian untuk menjadi pendengar setia, siapa yang kalian peluk erat lantas menangis di bahunya, siapa yang sudi menghulur tanpa kalian meminta. Syukurlah andai kalian mempunyainya, kalaupun tidak berbahagialah kerana kalian pernah mengenalinya...